Shopee

        Saya telah memulakan business online secara kecil-kecilan di shopee sejak Januari 2021. Saya dapat jualan RM900-RM1500 sebulan dengan hanya menjual barang di Shopee sahaja. Oleh itu, harini saya nak share tips persediaan menjual untuk dijadikan panduan kepada kawan-kawan yang berminat nak berniaga tetapi tidak tahu nak bermula dari mana. Saya sarankan kawan-kawan semua bermula di Shopee. Sebab apa ? Sebab siapa je tak kenal Shopee sekarang kan ?

Tips persediaan menjual di Shopee.

1. Sampul pos

Kita perlu sediakan sampul pos untuk senangkan proses pembungkusan dan penghantaran barang bagi order dari Shopee. Cara paling senang dan mudah ialah order je sampul pos dari kedai di Shopee, cepat dan murah. Saya biasa beli dari kedai Packman kerana terdapat pelbagai warna sampul pos. Dalam masa yang sama, beli sekali bubble wrap untuk menjamin keselamatan barang kita masa pembungkusan dan penghantaran.

2. Handphone/ Laptop & Printer

Bila dah dapat order, penjual dikehendaki download awb kat website shopee seller centre dan print. Kepada students yang dah ada printer, tak payah bazirkan duit lagi untuk beli printer kerana kita boleh je adjust setting untuk pritnt kertas dengan size A6.

3. Produk

Kalau xde idea nak jual produk apa, boleh search dulu hot produk dalam Shopee. Tetapi sebaiknya jual barang yang belum ada lagi dalam shopee, semakin ramai pesaing, semakin banyak rintangan.





Comments

Popular Posts