About Me

 


    Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Nama saya Sushmita a/p Eh Wan. Saya berusia 20 tahun dan berasal dari Tumpat, Kelantan. Keluarga dan kawan-kawan saya akan panggil saya Tata. Saya sambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dan sekarang saya merupakan pelajar tahun 1 semester 2 dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. 

    Hobi saya adalah membaca buku tentang kewangan. Contohnya, Rich Dad Poor Dad. Dalam buku-buku itu, penulis menceritakan perbezaan tentang ayah kandungnya dengan ayah tirinya yang berjaya dalam bidang yang berbeza. Ayah kandungnya merupakan seorang pensyarah Universiti dan seorang ahli politik yang berjaya tetapi tiada masa untuk keluarga samapi ke nafas terakhir beliau manakala ayah tirinya merupakan seorng usahawan. Semakin berjaya perniagaan beliau, semakin banyak masa yang beliau ada dengan keluarga. Dalam buku ini tutut ajar tentang bagaimana nak uruskan sistem kewangan.

    Ini sahaja dari saya hari ini, jumpa lagi lain kali. 


Comments

Popular Posts